ASAL USUL
BAHASA MELAYU
Asal usul
Bahasa Melayu agak kabur disebabkan kurangnya bukti-bukti yang konkrit tentang
istilah Melayu pada zaman Prasejarah.
Bukti-bukti
ditemui melalui penemuan beliung segi panjang Sungai Hwang Ho, Sungai Mekong,
Sungai Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan
beliung di Utara Tanah Melayu.
Bahkan tarikh
awal penggunaan perkataan “Melayu” tidak dapat dipastikan. Kata “Melayu”
merujuk kepada orang dan bahasa iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam
dan mendiami hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik
mendapati bukti penggunaan perkataan “Melayu” bermula pada kurun ketujuh
Masihi. Perkataaan “Melayu” dikatakan daripada perkataan Mo-lo-yeu.
Bukti penemuan:
Ø Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 – 645 M.
Ø Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada
672 M (digunakan di Palembang).
Ø Bahasa Melayu digunakan sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu
menurut pengembara Portugis iaitu Godinho De Erachia.
Ø Kerajaan Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan dengan
para pedagang dari Asia, Eropah, Asia Barat, India dan China.
Ø Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yeu di Jambi, Sumatera sempena
nama sebatang sungai yang dipanggil Sungai Melayu.
Ø Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austronesia) yang
bergerak dari Yunan. Dipercayai Bangsa Melayu berasal daripada golongan
Austronesia di Yunan.
Kumpulan
pertama dikenali sebagai Melayu Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada
Zaman Batu Baru (2500 SM). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia,
Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua
dikenali sebagai Melayu Deutro yang berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam
kira-kira 1500 SM. Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak
dan mahir daripada Melayu Proto, iaitu bijak dalam bidang astronomi, pelayaran
dan bercucuk tanam. Bilangannya lebih ramai daripada Melayu Proto yang
menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Kumpulan pertama dan
kedua ini dikenali sebagai Austronesia.
Salasilah
Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
-
Filum-Austris.
-
Rumpun
terbahagi 3 iaitu; Austroasia, Tibet China dan Austronesia.
-
Keluarga
terbahagi kepada 4 iaitu; Melanesia, Mikronesia, Polinesia dan Nusantara.
- Subkeluarga
terbahagi kepada beberapa bahasa seperti bahasa Sumatera, Filipina, Kalimantan
dan sebagainya lagi.
Kelangsungan
Bahasa Melayu bermula daripada Filum Austris, Rumpun Austronesia, Keluarga
Nusantara dan seterusnya sehingga kepada Bahasa Melayu yang dituturkan pada
hari ini.
Bahasa Melayu
termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan
bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
No comments:
Post a Comment