Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa
Nusantara.
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13
pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan
Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak
terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih
mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata
dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan
dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah
dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad
ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
-
Batu
bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).
-
Batu
bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).
-
Batu
bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli,
Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasahasahasa Melayu kuno:
-
Penuh
dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu.
-
Bunyi b
ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).
-
bunyi e
pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).
-
Awalan
ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas).
-
Awalan
di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat).
-
Ada bunyi
konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta).
-
Huruf h
hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu
Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap
di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
-
Batu
bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356), ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit dan bahasanya
berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
-
Batu
bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380), masih memakai abjad India buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan
rahmat.
-
Batu bersurat
di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387), ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan
tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti
catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
No comments:
Post a Comment