Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor:
- Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini.
- Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini.
- Ketiga, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.
- Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak.
Ini antara faktor mengapa kita perlu menggunakan bahasa Melayu. Jangan sisihkan bahasa Malayu bahasa kebangsaan kita.
No comments:
Post a Comment